Memulakan Langkah
Kita selalu takut untuk memulakan langkah tambahan jika kita ingin membuat satu perubahan besar yang akan mengubah hidup kita. Kerana hidup bukanlah satu permainan yang boleh direset semula jika kalah, dan segalanya menjadi seperti sedia kala. Tapi setiap apa pun keputusan yang kita ambil dalam hidup ini akan meninggalkan kesan dan jejak yang mungkin merubah segalanya tentang kita.
Maka bukanlah satu perkara yang menghairankan jika kita memiliki perasaan gemuruh untuk memulakan langkah yang pertama.
Dan samalah seperti aku. Sebenarnya cita-cita untuk menyambung pelajaran hingga ke peringkat PHD adalah impian yang telah lama aku tanam dalam diri. cuma perancangan pada mulanya selepas menamatkan degree aku nak berehat dulu. Nak cari kerja kemudian nanti aku sambung je secara separuh masa. Tapi tu lah perancangan takdir Tuhan tiada siapa yang tahu.
Aku membuat keputusan untuk menyambung pelajaran dalam masa kurang dari sebulan saja. Lepas aku nekad nak sambung, aku terus je whatsapp pensyarah dan deal temu janji untuk berbincang. Setelah itu aku mula menisi borang secara online dan menyiapkan proposal ringkas. And Done! aku dengan lafaz Bismillah terus menghantar permohonan.
Dalam masa 2 bulan lebih, baru aku dapat semak keputusan permohonan aku. Dan Alhamdulillah aku diterima. Nanti aku attach surat tawaran aku kat sini. So overall, aku dapat kos Sarjana Sains (Sains Pertanian) selama dua tahun. Kos ni akulah yang pilih sendiri.
Pendaftaran aku adalah pada 22 March 2021 (baru je aku daftar dalam minggu lepas). Dan sebenarnya disebabkan pandemik covid -19 tiada pengajaran secara face to face dijalankan di universiti. Tapi sebab mode master yang aku ambil adalah mode research (okay nanti aku story lebih panjang pasal mode research ni). Nak taknak aku kena balik juga ke kampus sebab aku kena mulakan kerja-kerja kajian aku di makmal.
Okay tu cerita macam mana aku mohon untuk menyambung pelajaran. Tapi apa yang mendorong aku untuk ubah perancangan aku dari sambung belajar nanti kepada sambung pada masa ini. Apa yang menguatkan hati aku untuk memulakan sekali lagi langkah besar dalam hidup aku. To be continue~

Comments
Post a Comment