Posts

Listen to Your Heart

I'm a book lover. Before this, while I was scrolling my facebook. I found this one book name 'The Alchemist'. Buku ni katanya sangat popular dan sudah diterjemahkan dalam 80 bahasa di dunia . And this year, for the first time it was translated to Bahasa Melayu . Cumanya buku ni aku tengok lambat lagi nak dikeluarkan. So I was wonder. Apa yang seronok sangatnya buku ni. Aku pun, pergi lah cari yang version bahasa Inggeris. Because besides Malay I can only understand English . Aku cari lah ebook (woops sbb buku dia mahal juga la) so ebook paling murah. Yang penting aku dapat baca kan..heheh And guess what I'm falling for that book. Seriously, it was 100% recommended for you to read. So, basically this book was talking about the journey of a shepherd to find his life treasure, his true legend.  There is a lot of scenes and things happened through out the journey.  And for the first time I've been doubt about my life decision. Apa yang aku nak dalam hidup aku sebenar

Memulakan Langkah

Image
Kita selalu takut untuk memulakan langkah tambahan jika kita ingin membuat satu perubahan besar  yang akan mengubah hidup kita. Kerana hidup bukanlah satu permainan yang boleh direset semula jika kalah, dan segalanya menjadi seperti sedia kala. Tapi setiap apa pun keputusan yang kita ambil dalam hidup ini akan meninggalkan kesan dan jejak yang mungkin merubah segalanya tentang kita. Maka bukanlah satu perkara yang menghairankan jika kita memiliki perasaan gemuruh untuk memulakan langkah yang pertama.  Dan samalah seperti aku. Sebenarnya cita-cita untuk menyambung pelajaran hingga ke peringkat PHD adalah impian yang telah lama aku tanam dalam diri. cuma perancangan pada mulanya selepas menamatkan degree aku nak berehat dulu. Nak cari kerja kemudian nanti aku sambung je secara separuh masa. Tapi tu lah perancangan takdir Tuhan tiada siapa yang tahu. Aku membuat keputusan untuk menyambung pelajaran dalam masa kurang dari sebulan saja. Lepas aku nekad nak sambung, aku terus je whatsapp pe

Salam Perkenalan

Assalamualaikum, Hai, Selamat Sejahtera. Entah kali keberapanya aku kembali ke sini dengan niat asal kononnya ingin mula menulis blog~hahaha. Kalau ingin diceritakan sejarah permulaan aku mula melibatkan diri dalam penulisan, entah memakan tahun atau dekad (hiperbolanya..lols). Jadi tak perlulah dikisahkan lagi apa yang telah berlalu. Pada sesuatu yang aku mulakan tanpa pengakhiran. Kita lupakan saja okay...huhuhuhu >_< So, here I am once again. Ingin kembali menulis, bercerita dan selebihnya cuma ingin meluah apa yang aku rasa, alami dan hadapi.  Berkongsi perjalanan aku sekali lagi dalam melangkah menuju cita-cita. Perjalanan aku menyambung pelajaran di peringkat sarjana (Master Sains). Doakan aku terus istiqamah untuk menulis. Terus rajin untuk berkongsi. Jujurnya laman ini aku wujudkan cuma untuk meluahkan segalanya tentang aku. Tidak tahu jika ada manfaat apa-apa untuk kamu. Mungkin saat bosan dan terasa ingin membaca kisah hidup seorang homosapien yang tersangatlah normal